 |
|
 |
|
|
 |
 |
 |
 |
|
 |
|
 |
 |
|
|
 |
|
The Past :: The Present :: The Future
The Philosophy
Paduan antara kebijaksanaan dan ilmu yang bermanfaat adalah teras pembangunan manusia yang berkualiti dan beriman yang membela bangsa dan negara serta bertaqwa kepada Allah SWT.
The Objectives
Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang serta mempunyai daya kepimpinan dan mutu keperibadian yang tinggi.
The Anthem
Oh Kolej Melayu,
Harapan bangsaku,
Dengan sejarah yang cemerlang,
Harumlah namamu,
Kolej istimewa,
Didikan untuk semua,
Keluar membimbing negara,
Maju terus mara,
Bangga ku rasakan,
Khidmat ku berikan,
Tak ku lupakan jasa-jasamu,
Oh Kolej Melayu.
The Houses
|

Mohd Shah |

Idris |

Sulaiman |

Ahmad |
The Pray
Ya Allah! Kami redha bahawa Engkaulah tuhan kami, Islam sebagai agama anutan kami dan Muhammad itu nabi dan rasul ikutan kami. Ya Allah! Berilah kepada kami kebolehan memahami rahsia sesuatu sebagaimana yang Engkau berikan kepada orang-orang yang mencapai martabat Ariffin. Kurniakanlah kepada kami kefahaman para Ambia dengan berkat kelebihan dan kemuliaan Khatamal-Mursalin. Ya Allah! Jadikanlah kami orang yang benar-benar faham dan mengerti agama kami. Ajarkanlah kami rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat Mu dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang benar dan lurus. Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu dengan sejelas-jelasnya dan anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengikutinya. Tunjukkanlah kami kebatilan itu dengan sejelas-jelasnya dan anugerahkanlah kepada kami kekuatan untuk menjauhinya. Ya Allah! Kami memohon perlindungan dengan Mu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak pernah khusyuk, daripada mata yang tidak pernah mengalirkan airmata keinsafan, daripada diri yang tidak pernah kenyang dan puas menurut tuntutan nafsu dan syaitan serta daripada doa yang tidak diperkenankan oleh Mu. Amin
|
|
 |
|
|
|
|