Teks asal(Bahasa Inggeris):
This process of allowing thoughts to rise and die without trying to connect them is what we mean by being un-clutched. As long as this natural process is allowed to happen, things are alright.
But what we do is, we start connecting these thoughts randomly and forming a shaft. By doing this, we convert the vertical and unclutched process into a horizontal one with linear connectivity. Here starts the whole problem.
As long as each thought is allowed to rise and die, we can take on any amount of load at the physical and mental planes and our Consciousness will remain light and blissful.
Once we start connecting the thoughts, our Consciousness suffers and we start feeling burdened. It becomes damaging to our Being.
| Teks terjemahan (Bahasa Malaysia):
Proses membiarkan buah fikiran timbul dan lenyap begitu sahaja, tanpa kita cuba mengaitkannya antara satu sama lain dirujuk sebagai "bebas-genggam". Asalkan proses semulajadi ini dibiarkan berlaku,keadaan kekal seperti biasa.
Namun,kita cenderung untuk mengaitkan fikiran-fikiran kita ini secara rambang, seterusnya membentuk satu aliran pemikiran. Lalu, tindakan ini menukar proses "bebas-genggam" tadi menjadi sebaliknya. Di sinilah punca segala permasalahan.
Selagi kita membiarkan satu-satu fikiran ini timbul dan lenyap, kita berupaya menampung sebanyak manapun tekanan fizikal atau mental yang dibebankan ke atas kita. Manakala Minda Sedar kita tetap ringan dan lapang.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kita membenarkan fikiran-fikiran kita ini bersambung antara satu sama lain, Minda Sedar kita turut terjejas dan kita mula rasa terbeban. Keadaan inilah yang akhirnya boleh merosakkan nilai Insani kita.
|