/ritedit/main_page.html
/ritedit/mengenai_kami.html
/ritedit/khidmat.html
/ritedit/harga_.html
/ritedit/contoh_terjemahan.html
/ritedit/publisiti.html


Penulisan dan penambahbaikan dokumen,penterjemahan dan penyesuaian gaya-budaya.

RiteEdit Asssitance bersungguh-sungguh memenuhi permintaan ramai di Malaysia,untuk hasil penulisan,penyuntingan dan penterjemahan bermutu tinggi. RiteEdit Asssitance melangkah jauh ke hadapan untuk memahami keperluan dunia perniagaan kini, dan sangat komited dalam memuaskan hati para pelanggan kerana kami percaya melalui cara inilah kami dapat meneruskan hubungan baik dan berpanjangan dengan para pelanggan kami.

Penulisan

Kami mahir dalam penulisan kertas cadangan/kerja, teks ucapan, laporan, penerangan produk,dan lain-lain. Ini termasuklah keperluan komunikasi perseorangan; seperti pesanan khas pada acara-acara istimewa. Selain memenuhi gaya dan budaya korporat, kami cuba menyesuaikan nada dan imej yang disampaikan dengan perwatakan orang tersebut.


Penterjemahan

Kami boleh menterjemah pelbagai bentuk penulisan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu ataupun sebaliknya, termasuklah teks berbentuk rumusan,diagram,carta, dan lain-lain.
Kami turut pastikan dokumen anda diterjemahkan dengan tepat dan selari, bersesuaian dengan makna istilah. Semua hasil terjemahan kami disemak oleh editor bertauliah, yang mahir dengan konteks terjemahan, sebelum kami menyerahkannya semula kepada anda.

Penyuntingan

Kami menyawarkan khidmat penyuntingan bermutu bagi memenuhi keperluan khusus anda. Dokumen anda akan disemak berdasarkan perkataan demi perkataan oleh profesional terlatih untuk memastikan hasil mutunya.

Penyesuaian gaya-budaya
Jika anda mempunyai dokumen sedia ada tetapi tidak pasti dengan sambutan sesetengah golongan rakyat dan organisasi, kami boleh menilai dokumen anda dan menyusunnya selari dengan budaya nasional, budaya pelbagai kaum,juga budaya korporat di Malaysia.

Pembentangan berlisan dan ucapan
Kami boleh membimbing anda dalam memastikan pelbagai pembentangan dan ucapan-ucapan anda mencapai tujuannya, dan mendapat perhatian hadirin sepanjang pembentangan anda.

Bimbingan/Latihan
RiteEdit Assistance (Latihan) percaya bahawa kejayaan seseorang itu dalam kerjayanya berkait rapat dengan kemahiran komunikasinya. RiteEdit Assistance (Latihan) menumpukan perhatian untuk memenuhi keperluan para eksekutif Malaysia supaya mahir menggunakan Bahasa Inggeris dalam dunia global. Bersandarkan kepada potensi bidang Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT), syarikat ini menganjurkan program latihan yang merangkumi pelbagai aktiviti dua hala berkumpulan dengan dibimbing oleh seorang tutor dalam sesi-sesi tutorial pendek. Sesi-sesi ini berlangsung melalui kemudahan perbualan video Skype yang percuma. RiteEdit Assistance juga boleh membimbing anda bagi temuduga pekerjaan, permohonan biasiswa, kenaikan pangkat, dan lain-lain.