
RiteEdit Assistance®
ialah sebuah syarikat tempatan yang berpusat di Selangor,Malaysia. Kami
berhasrat membantu individu, syarikat-syarikat swasta dan
institusi-institusi awam yang memerlukan khidmat komunikasi dalam
usaha mereka membentuk imej korporat unggul. Khidmat-khidmat ini termasuklah
penyediaan dokumen, kerja-kerja terjemahan, penyuntingan, dan semak-bacaan dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia.
Kami
berkerja sepantas dunia perniagaan kini, untuk membantu kakitangan anda
memperbaiki mutu kerja mereka dalam kedua-dua bahasa tersebut. Kami menjamin dokumen anda dihantar secepat mungkin, dan jarang terdapat di Malaysia.
Kami mengendalikan sesi-sesi latihan dan bimbingan kepada para eksekutif
di peringkat profesional. Jurulatih kami pakar dalam mereka dan menghasilkan pakej
latihan khas untuk keperluan Bahasa Inggeris di tempat kerja. Kami turut mengendalikan latihan sesuai untuk kakitangan sokongan.
Para
eksekutif dan professional boleh mengikuti khidmat latihan kami sama ada sebagai sebahagian
daripada pakej korporat, ataupun pakej individu pada harga berpatutan. Kami juga
boleh membimbing para pelajar dan calon-calon pekerja berkenaan teknik-teknik
menghadiri temuduga pekerjaan, permohonan biasiswa, dan lain-lain.